UMP buat persiapan akhir sertai World#QuranHour

Md Abdu bersama kakitangan UMP bersiap sedia untuk mengimarahkan program World#QuranHour di kampus itu pada 13 April ini.
Md Abdu bersama kakitangan UMP bersiap sedia untuk mengimarahkan program World#QuranHour di kampus itu pada 13 April ini.
A
A
A

KUANTAN - Persiapan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi penganjuran World#QuranHour yang dijadualkan pada 13 April ini sudah mencapai 75 peratus.

Pengerusi Sekretariat Rumah Ngaji Pahang, Md Abdu Sahak berkata, program berkenaan akan disertai kira-kira 200 penuntut dan kakitangan universiti itu di Masjid UMP Gambang.

Menurutnya, program tersebut akan diketuai pentaddabur, Mohd Faizan Tajuid.

"Untuk persiapan acara ini, saya boleh anggarkan sudah 75 peratus dan bakinya 25 peratus lagi akan kita siapkan dalam masa terdekat.

"Sebelum acara kemuncaknya bermula jam 12 tengah hari dengan bacaan surah al-Insan ayat 1-31, kira akan mengadakan majlis khatam Al-Quran secara beramai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Kira-kira 200 penuntut dan kakitangan UMP akan menyertai World#QuranHour.
Kira-kira 200 penuntut dan kakitangan UMP akan menyertai World#QuranHour.

Beliau berkata, program World #QuranHour disifatkan sebagai platform terbaik untuk mengajak masyarakat membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu jam dalam kehidupan seharian.

Jelasnya, walau sibuk mana sekalipun, namun membaca dan menghayati kandungan al-Quran perlu menjadi amalan setiap individu.

"Saya mengikuti #QuranHour sejak pertama kali dianjurkan dan sememangnya setiap tahun tidak sabar menunggu program ini diadakan. Program ini sebenarnya menggalakkan orang ramai untuk mendekatkan diri dengan al-Quran.

"Diharapkan program itu terus membuka hati masyarakat Malaysia dan seluruh dunia untuk menghayati al-Quran dalam kehidupan harian," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!