Minta kad perakuan elak ditipu pegawai JKM palsu

Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang wanita yang menyamar sebagai 'Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)' bertindak memperdayakan warga emas di sekitar jajahan Jeli dengan menawarkan bantuan bulanan serta rumah baharu.

A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menyarankan orang ramai untuk meminta kad perakuan sekiranya didatangi kakitangan agensi berkenaan bagi mengelakkan mereka ditipu oleh individu yang menyamar sebagai pegawai JKM.

Pengarahnya, Said Sidup berkata, setiap kakitangan dibekalkan dengan kad perakuan sebagai bukti mereka adalah kakitangan JKM.

"Setiap kali turun ke lapangan, kakitangan JKM akan memakai 'vest' berwarna jingga tertera logo agensi berkenaan.

"Jika individu itu tidak menepati ciri-ciri tersebut bermakna mereka bukan kakitangan JKM," katanya kepada Sinar Harian selepas menjawab isu individu menyamar sebagai kakitangan JKM yang ligat menipu warga emas di sekitar jajahan Jeli.

Menurut beliau, bagi merungkai keraguan, orang ramai boleh menghubungi pejabat JKM untuk mendapatkan pengesahan.

Ujarnya, JKM Kelantan menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk menjadi wakil agensi itu untuk melakukan kerja-kerja bancian bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Said berharap penduduk lebih berwaspada dan membuat laporan terus kepada pihak polis jika telah menjadi mangsa kepada penipuan itu.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang wanita yang menyamar sebagai 'Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)' bertindak memperdayakan warga emas di sekitar jajahan Jeli dengan menawarkan bantuan bulanan serta rumah baharu.

Wanita berusia 40-an itu dikatakan menaiki sebuah Perodua Axia berwarna hijau bersama seorang lelaki menyasarkan golongan warga emas.

Salah seorang ahli keluarga mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zali, 51, berkata, pada Ahad, ibu dan bapa mentuanya yang tinggal di Kampung Lawar di sini telah didatangi 'pegawai JKM' yang kononnya ingin melakukan bancian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!