vivo V27 akan jadikan raya anda lebih meriah
Suasana raya anda nanti pasti lebih jelas, terang dan riang dengan kamera perdana dilengkapi Sistem Potret Cahaya Aura
Kemunculan vivo V27 di pasaran Malaysia minggu lalu mencetuskan fenomena baharu dalam dunia peranti pintar apabila versi terbaharu dalam Siri V itu tampil dengan Sistem Potret Cahaya Aura yang eksklusif.
Pasti ramai yang nak tahu apa sebenarnya kehebatan Sistem Potret Cahaya Aura ini kan? Oklah, untuk info semua, sistem canggih ini bila digabungkan pula dengan kamera perdana yang ada pada vivo V27 akan menghasilkan pengalaman fotografi melalui integrasi fotografi optik dan pengkomputeran.
Ini kerana fungsi ini akan melaraskan pencahayaan mengikut kesesuaian persekitaran, menjadikannya tidak terlalu gelap, tidak terlalu terang, dan warnanya juga masih lagi menonjol walaupun pada waktu malam.
Fungsi Aura Light boleh dipadankan bersama Portrait Mode, di mana gabungan ini bakal memberikan gambar anda lebih aura dan pencahayaan yang kelihatan professional. Anda juga boleh menambah kesan sinematik kepada rakaman anda, menerusi Film Luts.
Ditambah pula dengan teknologi Video Malam Super dan Penstabil Imej Hibrid (OIS + EIS) pada vivo V27 ini yang membolehkan pengguna merakam video dengan butiran yang terang dan jelas dalam persekitaran yang gelap.
Bukan itu sahaja, vivo V27 yang dilengkapi dengan kamera 50MP + 8MP + 2MP ini turut didatangkan dengan sensor Sony IMX766V untuk kamera utamanya. Sensor IMX766V ini terkenal dalam memberikan hasil gambar dan rakaman yang lebih terang dan jelas, setaraf dengan apa yang ditawarkan oleh kamera professional.
Dalam bahasa mudahnya, anda tidak lagi perlu berbelanja lebih bagi mendapatkan pengalaman fotografi yang berkualiti, kerana semuanya ada di dalam vivo V27 ini.
Pendek kata, suasana raya anda nanti pasti lebih jelas, terang dan riang jika ia dirakam menggunakan kamera perdana dengan Sistem Potret Cahaya Aura vivo V27 ini. Mana tidaknya setiap detik bersama keluarga dapat diabdikan dengan penuh butiran terang dan jelas tak kira ketika berziarah raya di waktu siang mahupun malam.
Sebenarnya daripada segi pengayaan dan warna, vivo tak pernah kalah dengan menampilkan produk yang cukup elegen di mata para peminatnya.
Seperti kebiasaan, vivo sentiasa hadir dengan rekaan dan warna peranti yang kelihatan estetik. Dalam mod Aidilfitri yang bakal menjelang, elemen rekaan dan warna memang sinonim dengan pilihan baju raya.
Begitu juga dengan model vivo V27, yang didatangkan dalam tiga pilihan warna yang elegan: Noble Black, Emerald Green dan Flowing Gold.
Kalau kita tengok peranti vivo V27 dalam warna Emerald Green, pastinya mata kita akan terus terpesona dengan keanggunan dan gaya elegannya bak baju raya yang dipakai di pagi Syawal.
Waranya bukan sekadar hijau biasa-biasa tapi seakan-akan warna batu jed yang memukau. Apatah lagi warna hijaunya itu bolrh berubah kepada warna hijau lebih gelap bila terdedah kepada cahaya UV. Umpama kita tukar baju raya dua kali.
Oleh itu, kebolehan panel boleh berubah warna, dipadankan pula dengan warna hijau jed, menjadikan peranti ini kelihatan lebih segar dan unik. Namun begitu, penawaran panel boleh berubah warna ini hanya eksklusif bagi pilihan warna Emerald Green sahaja.
Lebih menyerlah lagi kalau tema baju raya anda pun warna hijau tahun ini, memang sepadan jika anda miliki juga telefon pintar vivo V27 Emerald Green ini. Barulah raya anda lagi berseri-seri.
Hayat bateri lebih panjang, raya anda lebih meriah
Bila tiba hari raya memang kita sentiasa sibuk dari pagi sampailah ke malam. Sibuk melayan tetamu, ke sana ke mari menziarahi rumah saudara mara dan sahabat taulan. Seronoknya bergambar dan merakam video suasana raya sampai kadang-kadang kita lupa nak cas bateri telefon pintar kita. Sedar-sedar bateri dah nak 'kong' baru kita mengelabah.
Tapi kalau dengan vivo V27 ini anda tak perlu risau pasal hayat baterinya kerana ia dilengkapi bateri 4,600mAh (TYP), dan membolehkan kuasa pengecasan 66W dengan kecekapan penukaran tenaga puncak sehingga 97.5 peratus menggunakan teknologi FlashCharge yang dibangunkan vivo sendiri.
Disokong pula dengan sistem penyejukan canggih, telefon boleh dicas hingga 50% dalam masa 19 minit sahaja semasa skrin dimatikan, jadi sempatlah anda cas dulu peranti sementara anda menikmati hidangan kuih atau rendang raya.
Bateri ini membolehkan pengguna memainkan video, muzik, permainan atau semudah kekal berhubung secara berterusan untuk lebih lama, dan mempunyai jangka hayat dua kali ganda berbanding standard industri.
Jadi bila hayat bateri peranti anda lebih panjang, maka raya anda pun pasti lebih meriah. Snap sana snap sini, selfie sana selfie sini, rakam sana, rakam sini, tak ada masalah. Yang penting anda happy di Aidilfitri.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!