Farid mohon maaf kepada Diana, ibu mentua

Tangkap layar permohonan maaf Farid menerusi hantaran di Instagram rasmi miliknya pada Selasa
Tangkap layar permohonan maaf Farid menerusi hantaran di Instagram rasmi miliknya pada Selasa
A
A
A

SHAH ALAM - Pelakon, Farid Kamil, 42 memohon maaf kepada isterinya, Diana Danielle dan ibu mentua, Norsiah Ramli susulan kenyataannya kepada media yang ada kaitan dengan pihak ketiga ketika ditemubual di Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa.

Farid menerusi hantaran di Instagram pada Selasa berkata, dia menarik balik kenyataan yang menyifatkan sebagai ada hubung kait dengan pihak ketiga.

“Saya menarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle atas kenyataan saya pagi tadi (Selasa)

“Sekali lagi di bulan Ramadan yang mulia ini saya mohon dimaafkan kekilafan yang terjadi,” katanya pada Selasa.

Pada Selasa, Farid ketika ditemubual pemberita di perkarangan mahkamah mendakwa terkejut apabila ibu mentuanya tiba-tiba muncul di mahkamah menemani Diana dalam sesi berhubung konflik rumah tangga mereka sebelum ini.

Ujar Farid, Norsiah diminta keluar oleh Diana dari rumah mereka pada tahun 2019 dan bertindak memutuskan hubungan dengan wanita terbabit.

Pada Selasa, demi menyelamatkan rumah tangganya, Farid tampil dengan tawaran pendamaian dengan jumlah keseluruhan RM319,700 untuk memujuk Diana.

Tawaran itu merangkumi sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 bernilai RM40,000, dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah dan sudah bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!