Sila log masuk terlebih dahulu.

KWSP nafi dakwaan hadapi krisis tunai bayar pengeluaran pra-persaraan

12 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 12 APRIL 2023

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menafikan spekulasi tersebar menerusi WhatsApp mendakwa pihaknya menghadapi krisis untuk membayar pengeluaran pra-persaraan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP memaklumkan, KWSP sentiasa kekalkan kecairan mencukupi untuk penuhi semua komitmennya.

KWSP juga menyangkal spekulasi Akta KWSP 1991 akan dipinda untuk menghalang pesara daripada mengeluarkan simpanan mereka.

Spekulasi itu merujuk kepada rencana akhbar Business Times Singapura bertarikh 7 April 2023 bertajuk 'Bank Negara says Malaysians could run out of savings 19 years too soon'.

Katanya, golongan millenial dalam lingkungan umur 26 hingga 40 tahun berkemungkinan menghadapi cabaran kewangan ketara kerana ramai menghadapi kesukaran untuk memenuhi had Simpanan Asas KWSP sebanyak RM240,000.

Beliau berkata, sehingga Mac lalu, sebanyak 70.5 peratus daripada 7.2 juta ahli sektor formal aktif berumur 18 hingga 55 tahun tidak memenuhi had Simpanan Asas KWSP mengikut umur.

Keutamaan KWSP dalam perkara itu, katanya, untuk membina semula simpanan persaraan dan memperluaskan perlindungan kepada mereka berada di luar skop semasa Akta KWSP 1991.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian