Bekalan air pulih 93 peratus

Amirudin (duduk, kanan) ketika Mengulas status agihan bekalan air di negeri ini.
Amirudin (duduk, kanan) ketika Mengulas status agihan bekalan air di negeri ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Gangguan bekalan air bersih di negeri ini beransur pulih apabila agihan bekalan itu lebih cepat dari tempoh yang dijadualkan.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya dimaklumkan pemulihan bekalan air sudah mencatat 93 peratus setakat jam 12.30 tengah hari tadi.

"Kita percaya gangguan ini dapat diselesaikan dan agihan air kurang daripada tempoh 86 jam yang disasarkan Air Selangor.

"Saya juga nak ucap terima kasih atas kerja pantas dan kemas Air Selangor," katanya ketika mengulas status gangguan bekalan air di negeri ini, hari ini.

ADUN Sungai Tua itu juga memohon maaf kepada pengguna di negeri ini yang berdepan dengan masalah yang bukan disengajakan.

"Kita buat (naik taraf) ini untuk menjamin bekalan yang sempurna kerana melibatkan penyelenggaraan namun berjaya buktikan dengan pengumuman awal.

"Persediaan sokongan terhadap agensi yang kritikal seperti universiti, sekolah dan juga hospital juga dibuat tapi alhamdulillah kerja siap lebih awal dari jadual," katanya.

Terdahulu, lebih empat juta pengguna berdepan gangguan bekalan air akibat kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) bermula 24 April lalu.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, gangguan bekalan air itu membabitkan sebanyak 620,835 akaun di 577 kawasan di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Pelaksanaan kerja penambahbaikan itu perlu dibuat dengan segera bagi mencegah sebarang kerosakan atau risiko kegagalan sistem elektrik bagi mengelakkan gangguan bekalan air yang tidak terancang kepada pengguna.

“Kerja penambahbaikan akan bermula jam 9 pagi sehingga 11 malam dan akan menyebabkan henti tugas di LRA SSP2 sehingga 86 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!