Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Kerajaan tetap tidak benarkan pengeluaran khas KWSP

12 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 12 APRIL 2023

Kerajaan tetap tidak benarkan pengeluaran simpanan KWSP walaupun ada cadangan supaya memberikan kepada ahli yang benar-benar terdesak.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata beliau sudah menjawab perkara itu di Dewan Negara dan jawapannya sudah pun diketahui semua orang bahawa kerajaan tidak bercadang untuk berikan pengeluaran KWSP.

Namun, beliau jelaskan bahawa pengeluaran masih boleh dibuat bagi tujuan membabitkan perumahan, pendidikan, kesihatan, pelan perlindungan tertentu seperti sakit kronik dan sebahagian kos haji RM3,000.

Sementara itu, ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sebelum ini berkata adalah lebih mudah membenarkan orang ramai mengeluarkan simpanan KWSP berbanding menggunakannya sebagai sandaran permohonan pinjaman.

Namun, bekas Menteri Kewangan Kedua itu menegaskan, pengeluaran secara terus itu hanya dibenarkan bagi mereka yang memerlukan dana untuk kecemasan seperti membayar perbelanjaan kesihatan atau pendidikan.

Jelasnya, dengan menggunakan simpanan KWSP sebagai sokongan permohonan pinjaman, peminjam akan dibebani dengan bayaran faedah dikenakan ke atas pinjaman.

Malah skim itu juga boleh menyebabkan masalah kepada bank kerana proses berkenaan memerlukan semakan kredit dan penyediaan perjanjian undang-undang.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian