Terima tempahan baju hingga minggu akhir Ramadan
12 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 12 APRIL 2023
Meskipun Syawal bakal tiba beberapa hari lagi, namun seorang tukang jahit di Permatang Duyong, Melaka sedia menerima tempahan baju Melayu sehingga minggu terakhir Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Pengusaha Sir Come Collections Tailor, Umi Umairah Lokman berkata, sebelum Ramadan lagi hingga sekarang dia telah menerima tempahan menjahit baju raya mencecah 1,000 pasang.
Menurutnya, tidak pernah ada istilah menutup tempahan baju raya sejak arwah bapa, Lokman Mohd Yusof yang mengusahakan kedai itu bermula 2007 dan akan berusaha menyiapkan setiap tempahan pelanggan sebelum Syawal.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian