Niaga hadapan emas ditutup tinggi
NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Rabu dengan sebanyak 23 lot telah diniagakan.
Kontrak bulan semasa April 2023 berada pada AS$2014.20 setiap troy auns (AS$1=RM4.41) berbanding paras AS$2,007.90 setiap troy auns pada Selasa.
Selain itu, kontrak masing-masing bagi Mei 2023, Jun 2023, Julai 2023 dan Ogos 2023 berjumlah AS$2024.00 setiap troy auns daripada AS$2,017.70 troy auns sebelum ini.
Harga fizikal emas pula pada AS$2,002.70 setiap troy auns sebagaimana diterbitkan dalam penetapan petang oleh pihak London Bullion Market Association pada 11 April, 2023. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!