Netizen ramal PM umum tol percuma

Sebahagian komen netizen di Facebook Sinar Harian berhubung berita baik yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebahagian komen netizen di Facebook Sinar Harian berhubung berita baik yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
A
A
A

SHAH ALAM – Pengecualian tol sempena Hari Raya Aidilfitri antara berita baik yang diramal bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tinjauan di laman Facebook Sinar Harian mendapati rata-rata membuat pelbagai spekulasi berhubung berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.

Seorang pengguna akaun Facebook, Nizar Nadzir berharap akan ada berita gembira untuk semua lapisan masyarakat.

“Biar semua dapat merasa, insya-ALLAH,” katanya.

Intan Yahya pula meramalkan Perdana Menteri akan mengumumkan tol percuma menjelang hari raya.

“PM hendak umum tol percuma menjelang hari raya, amin,” katanya.

Seorang lagi pengguna media sosial, Md Hafiz juga tidak sabar untuk mendengar pengumuman berkenaan.

“Bila nak umum ni? Mungkin tol percuma atau petrol percuma kot,” katanya.

Sementara itu, ada juga yang mencadangkan tol diberikan tiga hari percuma sebelum menyambut hari raya.

“Kasi tol percuma tiga hari berturut Jumaat, Sabtu dan Ahad,” kata Ahmad Faiz.

Selain itu, ada yang berharap agar harga petrol dapat diturunkan bagi mengurangkan beban rakyat yang ingin pulang ke kampung halaman.

Hasmadi Aziz turut menyatakan rasa syukur sekiranya harga petrol dapat diturunkan.

“Alhamdulillah, minyak akan turun juga akhirnya,” ujarnya.

Terdahulu Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter pada Selasa memaklumkan Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!