Air Selangor sumbang 20 kotak kurma kepada Sinar Harian

Elina (lima dari kiri) dan Zamri (tiga dari kanan) bersama staf Air Selangor dan Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Elina (lima dari kiri) dan Zamri (tiga dari kanan) bersama staf Air Selangor dan Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat Air Selangor (Air Selangor) menyampaikan sumbangan sebanyak 20 kotak kurma kepada Sinar Harian sebagai usaha mengeratkan hubungan antara kedua pihak sempena bulan Ramadan.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, ia juga sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media yang bertungkus-lumus menyiarkan berita sahih dan bermanfaat kepada rakyat.

“Selain mengeratkan hubungan sesama pengamal media, ia juga membuka peluang kerjasama dengan Sinar Harian dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat apa yang kita buat dari segi pengurusan air, isu pencemaran, penjimatan air untuk kelestarian dan sebagainya.

“Kita memang bekerja dan berkhidmat untuk rakyat. Jadi kita mahu rakyat tahu apa kita boleh bantu pada komuniti di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Pemberian sumbangan itu disampaikan kepada Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli di lobi Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Tambah Elina, sumbangan yang diberikan kepada ini juga sebagai salah satu amalan berkongsi rezeki selain menyantuni pelbagai lapisan masyarakat termasuk pengamal media.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!