Lelaki buat hantaran berunsur perkauman ditahan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberkas seorang lelaki kerana disyaki membuat hantaran berunsur perkauman menerusi akaun Twitter yang boleh menggugat kententeraman awam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di ibu negara pada Rabu.

"Sepasukan pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berjaya menangkap suspek, kita turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Skandaguru berkata, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!