OKU bertongkat tidak lepas peluang sertai World #QuranHour

Che Kamal duduk atas kerusi sambil menyertai bacaan surah al-Insan pada World #QuranHour.
Che Kamal duduk atas kerusi sambil menyertai bacaan surah al-Insan pada World #QuranHour.
A
A
A

KOTA BHARU - Walaupun dalam keadaan bertongkat, seorang orang kurang upaya (OKU) fizikal tidak melepaskan peluang menyertai World #QuranHour di Madinah Ramadan di sini pada Khamis.

Che Kamal E Sahrudin, 64, berkata, tidak pernah ketinggalan untuk menyertai program tersebut sejak empat tahun lalu.

“Saya datang sendiri dengan menunggang motosikal untuk bersama-sama membaca dan bertadabbur surah al-Insan bagi meraih keberkatan Ramadan.

“Saya harap program sebegini diperbanyakkan bagi menyemarakkan lagi rasa cinta manusia terhadap kitab suci al-Quran,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Peserta wanita pada program World #QuranHour di Kelantan.
Peserta wanita pada program World #QuranHour di Kelantan.

Program dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Turut hadir merasmikan program ialah Pengarah Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ropien Hassan.

Che Kamal berkata, sudah khatam al-Quran sebanyak dua kali dan tidak pernah berhenti membaca kitab itu.

“Penyertaan dalam World #QuranHour dapat membantu saya lebih memahami maksud ayat al-Quran dan memudahkan untuk mengamalkannya,” katanya.

Mohammad Amir
Mohammad Amir

Sementara itu, Pengarah World #QuranHour Kelantan, Mohammad Amir Kholis Lukman yang juga Timbalan Pengerusi III Persatuan Rumah Ngaji Kelantan berkata, program tersebut disertai kira-kira 5,000 peserta di 32 lokasi di seluruh negeri Kelantan.

Mohammad Amir (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ropien (kiri).
Mohammad Amir (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ropien (kiri).

“Lokasi terlibat antaranya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, masjid-masjid dan sekolah-sekolah.

“Program juga diadakan secara dalam talian. Kita mahu orang ramai terus membudayakan al-Quran dalam kehidupan kerana keberkatan kitab itu menyeluruh dalam semua aspek di dunia,” katanya.

Para peserta World #QuranHour bergambar selepas program berjalan dengan jayanya.
Para peserta World #QuranHour bergambar selepas program berjalan dengan jayanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!