Bunuh isteri, tuntut insurans RM30 juta

Yifan didakwa membunuh isterinya kerana mahu tuntut insurans RM30 juta.
Yifan didakwa membunuh isterinya kerana mahu tuntut insurans RM30 juta.
A
A
A

TIANJIN-CHINA. Seorang lelaki tergamak membunuh isterinya gara-gara ingin menuntut wang insurans berjumlah RM30 juta.

Menurut portal Shanghai, Zhang Yifan telah membawa isterinya, Zhang Jie, 29, dan anak mereka berusia 20 bulan pergi bercuti di Phuket pada 27 Oktober lalu.

Jie dari Tianjin, China bagaimanapun ditemui mati dengan kesan lebam di leher ketika mandi di kolam renang sebuah hotel.

Yifan bertindak menghubungi keluarga isterinya memaklumkan anak mereka meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di kolam renang.

Bagaimanapun ibu bapa Jie mencuriga tragedi lemas itu kerana mendakwa anak mereka pandai berenang.

Berdasarkan siasatan awal, saudara Jie telah menjumpai 18 insurans hayat Jie berjumlah RM30 juta yang dibeli tujuh bulan sebelum kejadian.

Dalam pada itu, keluarga Jie turut mendesak Yifan membuat laporan polis berhubung insiden itu dan akhirnya pada 2 November, laporan polis dibuat.

Selepas beberapa jam disoal siasat, Yifan akhirnya mengaku yang dia sendiri bunuh isterinya dengan alasan tidak mahu hidup bersama lagi.

Artikel Berkaitan:

“Saya sudah tak mahu hidup dengan dia lagi," katanya.

Menerusi rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), jelas menunjukkan Yifan membunuh isterinya dengan menekan di bahagian leher menggunakan sebelah tangan dan memasukkan kepala isterinya ke dalam air selama beberapa minit.

Akhirnya ada 11 Disember lalu, Yifan ditahan polis Kamala di Phuket kerana disyaki melakukan pembunuhan. - Shanghaiist

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!