40 individu didakwa ceroboh Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik
13 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 13 APRIL 2023
Seramai 40 individu termasuk 35 warga asing dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Baling atas pertuduhan melakukan pencerobohan haram Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, Kedah Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Dua warga tempatan iaitu Poh Chu Yuan, 21, dan Ho Chung Meng, 54, masing-masing mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Najwa Che Mat atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.
Manakala, tiada pengakuan direkodkan ke atas tiga lagi warga tempatan Wong Hing Nam, 59, Tai Chan Weng, 56, dan seorang wanita, Wong Siew Lin, 58, serta kesemua 35 warga asing kerana tidak memahami Bahasa Malaysia.
Warga asing yang dituduh terdiri daripada dua warganegara China, 31 warganegara Myanmar dan dua warganegara Nepal berusia antara 18 hingga 50 tahun.
Artikel berkaitan: https://go.sinarharian.com.my/3Z2U6Rk
#BeritaSemasa #SinarHarian