Kematian ibu dalam pantang tiada unsur jenayah - Polis

Anggota polis ketika menjalankan siasatan di rumah mangsa di Kampung Beris, Panchor. - Foto: AWANI
Anggota polis ketika menjalankan siasatan di rumah mangsa di Kampung Beris, Panchor. - Foto: AWANI
A
A
A

KOTA BHARU - Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang ibu yang sedang berpantang di Kampung Beris Panchor, Bachok, semalam, sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan.

"Hasil bedah siasat Jabatan Forensik di Hospital Raja Perempuan Zainab II mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan yang teruk di bahagian leher," katanya dalam kenyataan pada Khamis,

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan berlumuran darah dengan sebilah pisau masih tertusuk di lehernya.

Kejadian berkenaan disedari adik mangsa, Wan Muhamad Nasir Wan Mahadi yang

kemudian menghantar mangsa ke Klinik Beris Panchor sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia. - Bernama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!