Suami minta hormat kematian isteri

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan berlumuran darah dengan sebilah pisau masih tertusuk di lehernya.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan berlumuran darah dengan sebilah pisau masih tertusuk di lehernya.
A
A
A

BACHOK - Suami kepada wanita yang maut dengan kesan tikaman di leher ketika pantang bersalin di Beris Panchor, Tawang di sini meminta orang ramai menghormati kematian Allahyarham.

Lelaki lingkungan 30-an itu berkata, dia terkilan dengan komen-komen negatif yang dibuat oleh netizen di laman sosial ketika keluarganya berdepan detik menyayat hati itu.

Dia berkata, tidak ada sesiapa pun mahukan perkara seumpama itu terjadi.

“Kasihanilah pada arwah isteri saya yang sudah pergi.

“Fikirkan juga perasaan anak-anak kami yang kehilangan ibu mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, ibu empat anak berusia 35 tahun yang pantang bersalin 36 hari ditemui dalam keadaan tikaman pisau di bahagian leher dalam sebuah bilik rumahnya yang berkunci dari dalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) Kota Bharu untuk dibedah siasat.

“Punca kematian disebabkan oleh pendarahan yang teruk di bahagian leher. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!