Ali Zahra Group bawa ejen tunai umrah
Hanya daftar jadi ejen berpeluang dapat pakej ke Tanah Suci secara percuma
Syarikat Ali Zahra Holdings Sdn Bhd melalui tawaran terbaharu yang disediakan bukan sahaja membantu ejen menjana pendapatan malahan turut membawa mereka mengerjakan umrah.
Presiden Kumpulan Ali Zahra Malaysia, Indonesia dan Filipina, Datuk Muhammad Faisal Abu Bakar berkata, ejen berpeluang menyertai umrah bersama mereka dengan pendaftaran serendah RM500 dan memilih tiga pakej set produk yang ditawarkan.
Katanya, setiap ejen akan menerima beberapa produk seperti Moringa Tea, Chocolate Fibremeal dan Ashwaganda Coffee bagi ketiga-tiga pakej berkenaan.
“Syarikat juga akan menyediakan kelas usahawan dan asas berniaga dalam talian kepada setiap ejen untuk membantu mereka memasarkan produk,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, Pakej Ekonomi pada harga RM3,990 melayakkan ejen menerima pakej umrah kelas ekonomi untuk seorang selain mendapat produk syarikat bernilai RM3,348.
Jelasnya, pembayaran ini adalah untuk mendapatkan set produk dengan peluang menikmati keuntungan jualan sebanyak 20 peratus.
Sementara pakej kedua iaitu Pakej Silver pada harga RM6,990 melayakkan ejen mendapat pakej umrah premium untuk seorang selain berpeluang menjana 35 peratus keuntungan daripada set produk yang diterima.
Muhammad Faisal yang juga penasihat kepada beberapa syarikat tersohor di Malaysia berkata, pakej ketiga iaitu Pakej Gold pada harga RM12,590 memberi peluang kepada ejen menikmati pakej umrah kelas premium untuk dua orang.
“Pakej ini juga menawarkan keuntungannya lebih tinggi iaitu mencecah 40 peratus,” katanya.
Bukan omong kosong
Muhammad Faisal menjelaskan, tawaran umrah bukan omong kosong kerana syarikat telah pun berjaya membawa 40 ejen mengerjakan ibadah itu pada Mac lalu.
“Kumpulan ini adalah yang pertama berjaya dibawa mengerjakan umrah dengan dikelola oleh Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd.
“Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd memberi kerjasama baik dan mereka juga akan membantu mengelola ejen yang akan ke Tanah Suci untuk sesi seterusnya,” katanya.
Beliau teruja apabila sambutan daripada ejen sangat memberangsangkan sehingga kuota umrah bagi bulan September, Disember dan Februari tahun depan sudah penuh.
Beliau yang sudah tujuh tahun menceburi perniagaan ini dan mempunyai rakan kongsi di Dubai berkata, kebanyakan ejen syarikatnya terdiri daripada golongan ibu tunggal dan B40.
“Kita sedar kekangan yang mereka hadapi kerana kalau nak kumpul duit sendiri untuk mengerjakan umrah, ia mungkin memerlukan masa yang panjang.
“Jadi dengan menyertai syarikat ini, perbelanjaan mereka ke Tanah Suci ditanggung sepenuhnya oleh syarikat,” katanya.
Pengambilan ejen baharu
Beliau yang menjalankan perniagaan bersama sahabat baiknya Mas Juwita Jamaludin berkata, mereka menyasarkan pengambilan ejen baharu seramai 1,000 orang pada tahun hadapan.
Mereka yakin melalui insentif yang ditawarkan ini akan membolehkan lebih ramai orang menyertai keluarga Ali Zahra.
“Kami sentiasa mengalu-alukan ejen baharu dan bersedia untuk memberi tunjuk ajar berkaitan dunia keusahawanan.
“Insya-ALLAH kami juga akan buka semula trip umrah ini untuk bulan Mac 2024,” kata Muhammad Faisal yang akan mengadakan pelancaran projek ejen Ali Zahra pada 31 Mei depan di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, terdapat lima syarikat yang bernaung di bawah Kumpulan Ali Zahra iaitu Rayyan Muhammad Resources, Akmal Global Venture, Juwita Enteprise, Asia Empire dan LF Global Venture.
Sementara itu, Mas Juwita yang juga Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Ali Zahra merangkap pengasas syarikat, berbesar hati menyertai rakan baiknya membantu orang ramai menjana pendapatan.
“Kami kenal sejak bersekolah rendah di Parit Buntar, Perak lagi dan sekarang rezeki kami dapat bekerjasama membangunkan syarikat Ali Zahra ini,” terangnya yang mengakui gerak bersama rakan baik menjadi lebih mudah kerana saling mengenali rapat.
“Nak bagi pendapat pun lebih mudah sebab kita tidak ada protokol tertentu asalkan saling menghormati sebagai rakan kongsi,” ujarnya.
Mas Juwita turut berharap mereka mampu membantu lebih ramai golongan B40 menjadi usahawan pada tahun hadapan.
“Kami juga bakal membuka anak syarikat di Thailand dan Singapura dalam masa terdekat,” tambahnya.
Orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen boleh menghubungi pengurus syarikat di talian 011- 26438956 (Zakiah) dan 018-3848510 (Haziq).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!