Lelaki palsukan kod QR curi wang derma masjid

Kod QR palsu yang ditampal di tabung derma atau tembok masjid di Indonesia. - Foto Agensi
Kod QR palsu yang ditampal di tabung derma atau tembok masjid di Indonesia. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Polis Indonesia memberkas seorang lelaki berusia 38 tahun pada Selasa kerana mencuri wang derma badan amal dengan menggunakan pelekat kod QR palsu di tempat awam di mana wang tersebut kemudian disalurkan ke dalam akaunnya, lapor Jakarta Globe.

Menurutnya, suspek melakukan kesalahan itu di 38 lokasi seperti masjid, stesen minyak dan pusat beli-belah sejak 1 April lalu.

"Setakat ini kami telah berjaya menemui tiga akaun milik suspek.

"Suspek menggunakan pelekat QR palsu ditampal pada pelekat masjid yang tulen atau ditampal pada tembok kosong," kata Ketua Pesuruhjaya Polis, Auliansyah Lubis.

Tambahnya, siasatan awal menunjukkan suspek memperolehi 13 juta rupiah (RM3,860) dengan menyalurkan wang derma menggunakan QR 'Kerja Baik Pulih Masjid' itu ke dalam akaunnya.

Auliansyah berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti jika lelaki itu menganggotai pertubuhan jenayah atau membabitkan sindiket - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!