Korban serangan udara Myanmar meningkat 130 orang

Serangan udara junta Mynmar yang menghancurkan kampung di wilayah Sagaing. - Agensi
Serangan udara junta Mynmar yang menghancurkan kampung di wilayah Sagaing. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Junta Myanmar berdolak dalih apabila mendakwa pihaknya melancarkan serangan maut ke atas penduduk kampung yang sedang berhimpun selepas mereka menyertai acara dianjurkan kumpulan pemberontak.

Katanya, jika orang awam turut terbunuh, mereka berkemungkinan dipaksa membantu pengganas di kampung tersebut.

Dalam serangan Selasa lalu, sekurang-kurangnya 130 orang maut termasuk kanak-kanak selepas junta Myanmar melancarkan serangan udara ke atas kampung Pazigyi di wilayah Sagaiang di barat laut Myanmar.

Serangan disifatkan kejam itu telah mengundang kecaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kuasa Barat dan termasuk Malaysia.

Myanmar terjerumus dalam kacau-bilau dan keruntuhan ekonomi teruk sejak tentera merampas kuasa daripada pemimpin awam Aung San Suu Kyi pada Februari 2021.

Jurucakap junta, Zaw Min Tun memberitahu saluran penyiaran tentera, Myawaddy bahawa serangan itu bertujuan 'memulihkan' keamanan dan kestabilan di rantau ini.

"Semasa majlis perasmian itu, kami melakukan serangan dan anggota Angkatan Pertahanan Rakyat (PDF) telah terbunuh. Merekalah yang menentang kerajaan."Menurut maklumat darat kami, tentera berjaya menghancurkan simpanan senjata mereka dan menyebabkan letupan sehingga membunuh penduduk di situ," katanya.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mengutuk serangan udara oleh junta Myanmar yang mengorbankan puluhan orang.

"Semua keganasan mesti ditamatkan serta-merta terhadap orang awam," menurut kenyataan pengerusi ASEAN di Indonesia. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!