Operasi judi rampas komputer riba bernilai RM1 juta

Risikin menunjukkan sebahagian barang rampasan kegiatan perjudian online yang berjaya ditumpaskan di sekitar daerah Subang Jaya sepanjang tahun ini.
Risikin menunjukkan sebahagian barang rampasan kegiatan perjudian online yang berjaya ditumpaskan di sekitar daerah Subang Jaya sepanjang tahun ini.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis merampas sebanyak 726 buah komputer riba yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta sepanjang operasi judi online sepanjang tahun ini di daerah Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, pihaknya turut merampas 134 unit telefon tablet, 15 unit telefon dan wang tunai melebihi RM28,000.

Menurutnya, kesemua rampasan ini susulan 104 serbuan yang dijalankan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya selain kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta Bukit Aman.

"Serbuan dari awal tahun sehingga Selasa lalu ini juga berjaya memberkas seramai 418 individu berusia 18 hingga 61 tahun membabitkan penjaga premis dan pemain.

"Tangkapan yang terdiri daripada kalangan warga asing dan tempatan ini berjaya dituduh di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya pada sidang media di IPD Subang Jaya di sini hari ini.

Risikin melihat sebahagian barang rampasan kegiatan perjudian online yang berjaya ditumpaskan di sekitar daerah Subang Jaya sepanjang tahun ini.
Risikin melihat sebahagian barang rampasan kegiatan perjudian online yang berjaya ditumpaskan di sekitar daerah Subang Jaya sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati terdapat kegiatan perjudian online ini dikesan beroperasi di sebalik perniagaan sebuah restoran.

Katanya, ini terbukti di mana tingkat satu premis terbabit beroperasi sebagai restoran namun di tingkat dua sebenarnya merupakan tempat untuk kegiatan perjudian online.

Artikel Berkaitan:

"Bagi mencari pelanggan, polis percaya sindiket ini menghebahkan aktiviti perjudian mereka melalui penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) secara rambang ke mana-mana nombor telefon,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!