PM rai anak yatim, petugas barisan hadapan
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni anak yatim, pelajar tahfiz dan anggota barisan hadapan negara di dalam Majlis Iftar Ramadan di Dewan Puspanitapuri, di sini pada Khamis.
Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu dimulakan dengan penyampaian bantuan infaq Ramadan kepada 25 wakil kelab di bawah Kelab Bukit Perdana, JPM.
Selain itu, masing-masing 40 pelajar tahfiz dari Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Kuala Lumpur (SMISTAMAIWP) dan anak yatim dari Rumah Pengasih Warga Prihatin, Cheras.
Turut dirai, 310 anggota barisan hadapan beruniform terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dan lain-lain.
Turut hadir anggota dan pegawai Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Bahagian Penyelidikan JPM dan Agensi Keselamatan Siber Negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!