Agong berangkat pulang ke Kuala Lumpur

Pasangan diraja itu yang menaiki pesawat khas, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching - Foto Bernama
Pasangan diraja itu yang menaiki pesawat khas, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke Kuala Lumpur hari ini, selepas melakukan lawatan rasmi dua hari ke Sarawak.

Pasangan diraja itu yang menaiki pesawat khas, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 4.05 petang.

Hadir sama bagi mengucapkan selamat berangkat ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib; Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Patinggi Jumaa’ni Tun Tuanku Bujang; Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar; barisan menteri Kabinet negeri; ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Ini adalah lawatan sulung baginda berdua ke Sarawak setelah Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lepas.

Lawatan berkenaan merupakan inisiatif Yang di-Pertuan Agong sendiri untuk memperkukuh ikatan silaturahim dengan penduduk di negeri ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!