Iftar Barakah Ramadan '23 jamu 500 mahasiswa UTMKL

Mahasiswa UTMKL yang diraikan dalam Program Iftar Barakah Ramadan '23 pada Khamis.
Mahasiswa UTMKL yang diraikan dalam Program Iftar Barakah Ramadan '23 pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 500 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) diraikan dalam Program Iftar Barakah Ramadan '23 di sini pada Khamis.

Majlis anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Siswa Jaya di universiti tersebut turut mendapat kerjasama daripada beberapa pihak termasuk Sinar Harian dan Muafakat Anak Kelantan Keramat serta Titiwangsa (MArKAS).

Menurut Pengarah Jawatankuasanya, Nur Arina Mohamad, program itu bertujuan mengimarahkan bulan yang mulia itu dalam kalangan warga kampus berkenaan.

"Majlis berbuka ini merupakan salah satu daripada isi acara Barakah Ramadan '23 yang berlangsung sepanjang Ramadan.

Program Iftar Barakah Ramadan '23 turut dimeriahkan dengan majlis khatam al-Quran.
Program Iftar Barakah Ramadan '23 turut dimeriahkan dengan majlis khatam al-Quran.

"Selain daripada iftar, jawatankuasa kolej juga menganjurkan beberapa program lain seperti Sayangi Insan yang mana kami memberi makan sahur kepada orang ramai di sekitar kawasan ini.

"Kami turut mengadakan acara 3T iaitu Tarawih, Tadarus dan Tadabbur dan Malam Bina Iman dan Taqwa. Segala inisiatif itu adalah bagi membantu pembentukan sahsiah agama dalam kalangan mahasiswa," katanya semasa Majlis Perasmian Penutup Barakah Ramadan di UTMKL pada Khamis.

Sementara itu, Penaung MArKAS, Datuk Seri Izzudin Ishak menyifatkan program tersebut berfungsi membina jati diri kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.

"Saya sangat berharap usaha sebegini dapat dicontohi dan dilakukan oleh mahasiswa di negara ini bagi mempertingkat kualiti mereka," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!