Daya saing pelaburan Malaysia merosot - Noor Azlan

Noor Azlan
Noor Azlan
A
A
A

SHAH ALAM - Meskipun Malaysia berjaya menarik pelaburan berjumlah RM170 bilion dari China, namun ia bukan satu isyarat bahawa daya saing dalam perkara itu semakin baik.

Menurut pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, sebaliknya ia semakin luntur sehingga memerlukan tindakan agresif perlu diambil bagi memastikan negara terus relevan sebagai hub pilihan pelaburan global.

“Di kalangan negara ASEAN, Singapura kekal sebagai juar menarik lebih dari separuh dari pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke Asia Tenggara (1990: peratus, 2000: 68 peratus, dan 2019: 60 peratus).

”Sebaliknya kedudukan Malaysia jatuh dengan mendadak dari 20 peratus (1990), 17 peratus (2000) dan empat peratus (2019).

“Negara-negara jiran seperti Vietnam, Indonesia, Thailand dan Filipina kini semakin menonjol. Malaysia mesti segera bangun, mengambil tindakan yang agresif dan komited untuk mengukuhkan semula daya saing negara sebagai hub pilihan pelaburan global,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Noor Azlan menambah, kesemua pihak bermula peringkat Persekutuan sehingga tempatan perlu bekerjasama bagi memastikan usaha memperkasa pelaburan di negara bertambah baik.

Ujarnya, persaingan global semakin tinggi pada pasca pandemik Covid-19 di samping terdapat krisis antarabangsa yang menjadikannya semakin sengit.

“Moga dengan nama baharu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) akan lebih agresif meningkatkan daya saing menarik pelaburan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!