Mujahid tegas teruskan tindakan saman terhadap Pas

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan akan meneruskan tindakan saman terhadap Pas berhubung fitnah mengatakan beliau menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurut beliau, parti tersebut disifatkan tidak serik dalam melakukan tuduhan rambang terhadapnya bagi memenuhi kepentingan politik.

“Tuduh kita sokong LGBT, kita saman, dia minta batal, dulu kes dakwa jual hotel TH, dia saman kita, apabila masuk mahkamah, terbukti ia fitnah.

“Begitulah Melayu Islam, menipu pengundi atas nama nak bela Melayu Islam. Kita jawab di mahkamah ya,” katanya dalam satu ciapan Twitter pada Khamis.

Pada hari yang sama, Pas memfailkan notis permohonan untuk membatalkan saman fitnah kepada Mujahid berhubung perkara itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mewakili parti itu sebagai defendan memfailkan permohonan mengikut Aturan 18 Kaedah 19 (1)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menerusi Tetuan Tengku Amalin & Faizi di Mahkamah Tinggi pada 15 Februari lalu.

Mengikut notis itu, alasan permohonan kerana Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) sebagai plaintif gagal mendedahkan apa-apa klausa tindakan yang munasabah terhadap defendan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!