Jamie Foxx dirawat di hospital akibat 'komplikasi kesihatan'
PELAKON ternama Hollywood yang juga pemenang Oscar, Jamie Foxx dilaporkan sedang dirawat di sebuah hospital di Georgia, Amerika Syarikat (AS) dan di bawah pemerhatian doktor, kata sumber artis berkenaan kepada portal berita antarabangsa, CNN.
Dalam perkembangan sama, anak pelakon itu, Corinne Foxx yang memuat naik hantaran di akaun Instagram pula berkata, bapanya berdepan dengan ‘komplikasi kesihatan’ dan kini dalam proses penyembuhan.
Corinne, bagaimanapun, tidak menyatakan secara terperinci punca sebenar ayahnya dirawat.
“Tiada apa lagi yang boleh dikongsi setakat ini termasuk apa yang dikongsi (di Instagram),” katanya kepada CNN menerusi e-mel.
Foxx pada ketika ini dilaporkan sedang menjalani penggambaran filem untuk siaran Netflix, Back in Action di Georgia. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!