PM hadiri Qiamullail Perdana
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri Majlis Qiamullail Perdana yang diadakan di Masjid Putra pada awal pagi Sabtu.
Pada majlis yang berlangsung jam 4 pagi itu, Anwar akan ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut bersahur bersama-sama hadirin di masjid berkenaan sebelum menunaikan solat Subuh berjemaah.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.
Majlis dijangka berakhir jam 6.30 pagi Sabtu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!