PM ucap Selamat Menyambut Tahun Baharu Chithirai, Vaisakhi
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai dan Vaisakhi kepada seluruh masyarakat Tamil dan Sikh di negara ini.
Menerusi catatan di Facebook pada Jumaat, Anwar berharap semoga tahun baharu ini membawa kegembiraan kepada semua dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin sentiasa utuh dalam kebahagiaan.
"Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperteguh dan memperkukuh kerukunan dan sikap hormat menghormati di negara ini. #MalaysiaMADANI," menurut catatan itu.
Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil.
Sementara Vaisakhi menandakan permulaan musim menuai menurut kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!