AEON Big, MPKj rai anak yatim dan asnaf

Seramai 40 anak yatim dan asnaf dari Rumah Anak Yatim Asnaf Peribadi Mulia Sungai Kantan menerima baju raya baharu dan duit raya sempena Aidilfitri. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
Seramai 40 anak yatim dan asnaf dari Rumah Anak Yatim Asnaf Peribadi Mulia Sungai Kantan menerima baju raya baharu dan duit raya sempena Aidilfitri. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KAJANG - Seramai 40 anak yatim dan asnaf dari Rumah Anak Yatim Asnaf Peribadi Mulia Sungai Kantan di sini menerima baju raya baharu dan duit raya sempena Aidilfitri tahun ini.

Mereka merupakan sebahagian daripada anak yatim dan asnaf yang diraikan AEON Big Bandar Tun Hussein Onn dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada Ramadan kali ini.

Pengarah Urusan AEON Big, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, program tersebut merupakan program tahunan bersama anak-anak yatim dan asnaf yang diadakan setiap kali Ramadan.

Sheikh Farouk. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
Sheikh Farouk. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Menurutnya, kelainan yang ditampilkan kali ini adalah anak-anak yatim dan asnaf dapat memilih sendiri kelengkapan diperlukan dengan peruntukan disediakan sebanyak RM120 setiap seorang.

"Kesemua anak-anak yatim terpilih ini dibawa ke AEON Big Bandar Tun Hussein Onn untuk memilih baju raya dan pemberian duit raya juga diberikan kepada mereka oleh MPKj," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui bersama Yang Dipertua MPKj, Najmuddin Jemain selepas membantu memilih pakaian raya anak-anak yatim dan asnaf di AEON BIG di Cheras di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Najmuddin berkata, pihaknya menyalurkan sumbangan duit raya sebanyak RM50 kepada anak-anak yatim berkenaan.

"Selain program ini, MPKj turut menganjurkan majlis berbuka puasa dan agihan duit raya namun jumlah agihan berbeza bergantung kepada peruntukan yang ada.

"Penganjuran program bersama AEON Big dijangka akan diteruskan lagi pada masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!