Wirtz selamatkan maruah Bayer Leverkusen
BINTANG remaja Bayer Leverkusen, Florian Wirtz muncul penyelamat sensasi Bundesliga Jerman itu ketika mengikat Union Saint-Gilloise dari Belgium, 1-1 dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Europa di Stadium BayArena pada Jumaat.
Wirtz yang berusia 19 tahun, berada dalam prestasi terbaik sejak kembali tahun ini selepas dipalit kecederaan selama berbulan-bulan, merembat masuk bagi membatalkan pendahuluan Union melalui Victor Boniface pada minit ke-51.
Keputusan itu menyaksikan kelab yang berada di kedudukan keenam Bundesliga itu terpaksa menunggu perlawanan timbal balik kedua di Lotto Park, Belgium Jumaat depan bagi menentang sama ada Feyenoord atau AS Roma pada aksi separuh akhir.
Keputusan itu juga menyekat kemenangan enam perlawanan merentasi semua pertandingan, namun skuad Xabi Alonso tidak tewas dalam 10 perlawanan terakhir.
Tuan rumah mempunyai deretan peluang pada separuh masa pertama, namun Union, yang memainkan kempen pertama sensasi Liga Europa, terlebih dulu menjaringkan gol pertama apabila Boniface melepaskan merembat rembatan melepasi penjaga gol Lukas Hradecky untuk gol Eropah keenamnya dalam sembilan perlawanan musim ini.
Pemain Nigeria berusia 22 tahun itu, yang menyertai kelab Belgium tahun lalu dari kelab Norway, Bodo/Glimt, kini menjadi penjaring terbanyak pertandingan bersama-sama dengan pemain Manchester United, Marcus Rashford
Leverkusen mengawal hampir separuh masa kedua, namun terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan apabila tandukan Jeremie Frimpong dari jarak empat meter melepasi tiang pada minit ke-78.
Gol tuan rumah akhirnya dijelmakan Wirtz, yang pulih sepenuhnya daripada koyakkan ligamen cruciate tahun lalu, selepas melakukannya rembatan untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Anthony Moris pada minit ke-82.
“Perlawanan timbal balik kedua akan menentukan hala tuju pasukan dalam kejuaraan ini dan di sini kami telah menunjukkan kemampuan kami.
“Secara mental adalah sangat penting untuk tidak tewas malam ini. Kami berada dalam kedudukan untuk menewaskan mana-mana lawan,” kata penjaga gol Leverkusen, Lukas Hradecky.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!