Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

NGO serah memo bantah FSA2 KWSP, tuntut pengeluaran kecemasan

14 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

MOJO LIVE 14 APRIL 2023

[MOJO LIVE] Penyerahan Memorandum dan Petisyen Bantahan Wang KWSP Dicagarkan kepada pihak bank serta tuntutan pengeluaran wang KWSP diluluskan secara bersasar di Menara KWSP, Damansara, lapor wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin.

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Global Human Rights Federation (GHRF) telah menyerahkan memorandum dan petisyen bagi membantah Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) dan tuntutan pengeluaran kecemasan KWSP 2.0 secara bersasar diluluskan dengan segera.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir berkata, keputusan kerajaan dalam menawarkan FSA2 kepada pencarum dilihat sama sekali tidak membantu pencarum yang terkesan sebaliknya membebankan dengan penambahan hutang sedia ada.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian