Bukit Aman terima dua pengarah jabatan baharu Mei ini

Ramli
Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bukit Aman bakal menerima dua pengarah baharu bagi menerajui dua jabatan di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu pada Mei depan, kata Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin.

Dalam kenyataan pada Jumaat beliau berkata, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), manakala Pengarah JSJK, Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Menurut Noorsiah, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain pula dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

"Selain itu, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Ahmad Ramdzan Daud dilantik Timbalan Pengarah Cawangn Khas I dengan memangku pangkat CP.

"Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur dengan memangku pangkat SAC,” katanya menerusi kenyataan itu.

Beliau berkata, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at dilantik sebagai Ketua Urusetia JSPT Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Menurutnya, kesemua mereka adalah antara 61 pegawai kanan PDRM yang terlibat dalam pertukaran secara besar-besaran di seluruh negara berkuat kuasa 15 Mei depan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!