Armada, ADUN lapor polis kes Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Satu laporan polis dibuat berhubung apa yang didakwa sebagai konspirasi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pendakwa Raya untuk melepaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada pendakwaan.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal turut mempersoalkan bagaimana kes yang sudah ada prima facie masih cuba dilengah-lengahkan.
Beliau mendakwa, kes tersebut sepatutnya boleh berjalan untuk pihak tertuduh iaitu Timbalan Perdana Menteri itu mempertahan dan membela diri dengan adil menggunakan saluran undang-undang yang sedia ada.
"Kenapa hendak perlu ada semakan semula atau hendak melambatkan lagi kes tersebut?
"Ini perkara yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang awam dan apa yang telah berlaku dalam sistem keadilan negara," katanya pada sidang akhbar pada Jumaat.
Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal menemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof dan Timbalan Pengerusi Biro Kesihatan Armada Nasional, Dr Alan M Raman membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!