FSA2 KWSP: BSN tawar BSN MyRinggit Insan-i

No Image Caption
A
A
A

BANK Simpanan Nasional (BSN) menawarkan BSN MyRinggit Insan-i, yang merupakan kemudahan pembiayaan peribadi di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mulai Jumaat.

BSN MyRinggit Insan-i ditawarkan dalam bentuk pembiayaan peribadi patuh syariah kepada pencarum KWSP berumur 40 hingga 50 tahun yang tidak muflis dengan kedudukan kewangan yang memuaskan.

"Selain itu, semua permohonan adalah tertakluk kepada penilaian kemampuan pembayaran yang ditetapkan bagi memastikan pemohon berkeupayaan membayar ansuran bulanan pembiayaan,” kata BSN dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Para pelanggan yang ingin memohon BSN MyRinggit Insan-i boleh mendapatkan jumlah pembiayaan RM3,000 hingga RM50,000 dengan kadar pembiayaan Kadar Asas Standard + 1.75 peratus (kadar keuntungan 4.5 peratus setahun) untuk tempoh maksimum pembayaran ansuran bulanan selama 10 tahun atau 120 bulan.

Permohonan bagi BSN MyRinggit Insan-i dibuka secara dalam talian melalui laman sesawang BSN, www.bsn.com.my/page/Insan-i. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!