Beras Era agih 500 pek bubur lambuk
SHAH ALAM - Beras Era di bawah syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) mengagihkan 500 pek bubur lambuk kepada pengunjung Iftar ala Madinah@Karangkraf.
Pengurus besar syarikat itu, Farhan Hafetz berkata, ia memberi peluang kepada orang ramai merasai kelazatan hidangan tersebut.
Dalam pada itu, Beras Era turut mengundang tetamu istimewa daripada keluarga asnaf untuk menerima sumbangan duit raya.
“Kami juga mengundang keluarga asnaf untuk sama-sama berbuka puasa dan menerima sumbangan duit raya.
“Ia merupakan kempen bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” ujarnya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Tambah Farhan, mereka turut menampilkan maskot rasmi Beras Era buat pertama kalinya.
Jelasnya, program amal dalam suasana teratur sangat memudahkan urusan pengunjung bagi menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan.
“Buat pertama kalinya maskot beras Cik Era merupakan tetamu istimewa pada petang ini.
“Kami turut menerima maklum balas positif dan jika berkesempatan kita akan berkolaboratif dengan Sinar Harian pada tahun depan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!