Elizabeth Tan mohon maaf, tak sengaja terlanggar PM
TULAR video memperlihatkan penyanyi Elizabeth Tan dan Perdana Menteri Ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak sengaja terlanggar satu sama lain.
Menerusi video yang tular itu, insiden tersebut berlaku ketika Elizabeth hadir di majlis berbuka puasa penggiat seni bersama perdana menteri (PM).
Bagaimanapun Elizabeth memohon maaf kerana terlanggar PM disebabkan terlalu teruja dapat bertemu dengan beliau.
“Teruja sangat dapat jumpa DS @anwaribrahimofficial sampai I terlanggar dia... omg I’m so sorry,” tulis Elizabeth di kapsyen video yang dikongsikan.
Rata-rata netizen menggangap kejadian itu berlaku disebabkan PM tidak nampak kelibat penyanyi dan pelakon itu sedang berjalan secara mengundur ke arah beliau.
“Apabila DSA sedang bersalaman dengan orang di sekeliling, wanita ini (Elizabeth) teruja dan berjalan secara mengundur di mana DSA sebenarnya tidak perasan.
“Nampak macam biasa saja, netizen saja macam over. Yang kenal Elizabeth tahu la. Fikirla positif, takkan PM saje nak buat macam itu dekat public kot.
“Liz ni dah nampak PM datang. Apasal nak gostan lagi. Patut berdiri tepi dan salam,” komen beberapa netizen. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!