Pelajar Tingkatan Tiga maut motosikal langgar belakang Viva
KOTA BHARU - Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut selepas motosikal yang ditunggang dipercayai terbabas sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua Viva dalam kejadian berhampiran kilometer 10.4 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 10.15 malam itu mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian kereta dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dari arah Pasir Hor menghala ke Ketereh melalui Lebuhraya Baru Kota Bharu-Ketereh.
"Setiba di lokasi kejadian, beberapa buah motosikal termasuk ditunggangi mangsa cuba memotong kereta tersebut. Mangsa bagaimanapun gagal mengawal motosikalnya sebelum terlanggar bahagian belakang kereta terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh dan terseret.
Rosdi memberitahu, mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!