Tuchel tekad balas dendam ke atas City
PENGURUS Bayern Munich, Thomas Tuchel belum mahu mengibarkan bendera putih setelah tewas 0-3 kepada Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara.
Sebaliknya pengendali baharu itu mahu para pemain bangkit dan balas dendam ke atas City pada aksi suku akhir kedua 20 April ini.
“Saya dapat berasakan bahawa kami amat menginginkan peluang untuk membalas dendam dalam perlawanan kedua,” katanya.
Para peminat melihat perlawanan itu sudah berakhir, namun Tuchel mahu Bayern mengambil kesempatan dengan kelebihan beraksi di laman sendiri minggu depan untuk bangkit.
“Adalah penting untuk tidak kehilangan fokus.
“Tugas itu kelihatan hampir mustahil, tetapi tiada yang mustahil dalam bola sepak,” ujar Tuchel.
Pada aksi itu, gol kemenangan City dihasilkan menerusi sentuhan Rodri, Bernardo Silva dan Erling Haaland.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!