Sampaoli pengendali baharu Flamengo
JORGE Sampaoli dinamakan pengendali baharu Flamengo, umum kelab liga Brazil tersebut pada Sabtu selepas hampir sebulan dipecat Sevilla.
Flamengo, juara bertahan Copa Libertadores, berkata Sampaoli telah menandatangani perjanjian sehingga Disember 2024.
Pengendali berusia 63 tahun dari Argentina itu dipecat Sevilla pada 21 Mac ketika kelab berkenaan berdepan penyingkiran dari liga teratas Sepanyol.
Di Flamengo, Sampaoli menggantikan Vitor Pereira yang dilepaskan awal minggu ini sebelum ini pernah bekerja dengan kelab Brazil, Santos dan Atletico Mineiro.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!