Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Menyambut Vishu

Foto Facebook Istana Negara
Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Vishu kepada masyarakat Malayalee di negara ini.

Dalam catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar masyarakat berkenaan dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

Vishu yang disambut hari ini menandakan hari pertama Zodiak Tahun Baharu dalam kalendar masyarakat Malayalee, hari pertama bagi bulan dipanggil Medam. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!