Berhabis hampir RM100,000 setahun bela arnab gergasi
LONDON - Seorang wanita menghabiskan 17,000 pound (RM93,000) setahun semata-mata kerana minatnya untuk membela empat ekor arnab gergasi.
Gemma Mead, 39, berkata, tugasan memelihara arnabnya cukup sukar apabila haiwan peliharaannya itu boleh melompat mudah melepasi pagar setinggi 1.8 meter.
Arnab pertamanya bernama Chelsea berusia sembilan tahun dan berat 4 kilogram (kg), arnab kedua iaitu Garfield berusia empat tahun seberat 6 kg.
Arnab ketiga dan keempat bernama Emma dan Captain Hook berusia dua tahun dan masing-masing seberat 4kg.
Katanya, selain makan banyak dan kerap serta menelan kos perbelanjaan tinggi, arnab peliharaannya memerlukan banyak ruang untuk bermain. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!