Kontena berhampiran surau musnah terbakar
KUALA LUMPUR - Suasana berbuka puasa di Jalan Alor Off, Jalan Bukit Bintang gempar apabila sebuah kontena berhampiran sebuah surau di sini musnah terbakar dalam kejadian lewat petang Sabtu.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Kamalzul Anuar Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 7.34 petang.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat bersama pasukan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dengan kekuatan 28 anggota bomba serta jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan sebuah kontena dua tingkat berdekatan surau terbabit dengan kemusnahan 100 peratus. Bagaimanapun api berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum merebak.
"Siasatan awal mendapati tiada mangsa terlibat dalam kejadian kebakaran ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!