Penang, Sabah sambar slot suku akhir Piala FA

Pemain Kuching City FC Abu Kamara (kanan) cuba merampas bola daripada pemain Penang pada saingan pusingan 16 Piala FA di Stadium Negeri, Kuching pada Jumaat.
Pemain Kuching City FC Abu Kamara (kanan) cuba merampas bola daripada pemain Penang pada saingan pusingan 16 Piala FA di Stadium Negeri, Kuching pada Jumaat.
A
A
A

PENANG FC dan Sabah FC mengesahkan slot suku akhir Piala FA selepas menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan pusingan 16 pada Sabtu.

Penang FC mara setelah menewaskan Kuching City FC 4-0 dalam perlawanan di Stadium Negeri, Kuching.

Soony Saad, terlebih dulu meletakkan pasukan pelawat di depan hasil jaringan Soony Saat minit ke-10 untuk memimpin perlawanan separuh masa pertama.

Separuh masa kedua Harimau Kubang meningkat tekanan apabila tiga gol lagi terhasil menerusi jaringan Rafael Victor minit ke-48.

Hadin Azman dan Giovanni Gomes masing-masing turut menyumbang gol pada minit ke-65 diikuti minit ke-95.

Kemenangan itu menyaksikan Penang bakal berdepan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas lapan terbaik.

Sementara itu, Sabah turut mengiringi Penang mara selepas menyingkirkan cabaran Kelantan United, 2-0 dalam perlawanan di Stadium Likas.

Gol anak buah Datuk Ong Kim Swee dijaringkan setiap babak bermula dengan jaringan Baddrol Bakhtiar minit ke-13 diikuti Stuart Wilkins pada minit ke-59.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah berdepan Kuala Lumpur City di fasa suku akhir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!