Bimbang penjualan mercun tanpa permit

Penjual yang mendapat kebenaran permit untuk menjual mercun dan bunga api secara terbuka di Bazar Aidilfitiri di Melaka.
Penjual yang mendapat kebenaran permit untuk menjual mercun dan bunga api secara terbuka di Bazar Aidilfitiri di Melaka.
A
A
A

MELAKA - Meskipun Polis Melaka telah meluluskan lebih 200 permohonan permit bagi penjualan bunga api dan mercun di negeri ini, namun masih terdapat segelintir individu yang berani menjualnya tanpa permit di lokasi tumpuan ramai.

Seorang suri rumah, Suhara Mohd Shah, 33, mengakui risau dengan situasi itu kerana tidak mustahil di antara mereka ada yang menjual mercun yang boleh membahayakan kanak-kanak.

"Walaupun kerajaan luluskan permit tapi dalam masa yang sama ada juga peniaga lain yang tak dapat permit jual barangan itu.

Seorang pesara kerajaan, Siti Hawa Abdullah, 58, berharap pihak polis terus memantau penjualan agar tidak banyak berlaku insiden kecederaan atau putus jari disebabkan mercun yang berbahaya.

Bagi seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Hafiz berkata, kebiasaannya yang tiada permit bukan sahaja menawarkan pelbagai harga promosi malah ada yang tidak segan silu menjualnya secara live di Facebook.

"Mereka juga sediakan perkhidmatan penghantaran, jadi ada pengguna yang lebih mudah cara itu pasti akan beli walaupun tahu penjual itu tiada permit," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, mereka yang mendapat permit sewajarnya memanfaatkan permit itu dan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika ada individu yang membuat penjualan tanpa permit.

"Dengan adanya kerjasama daripada orang awam, pasti pihak berkuasa lebih cepat mengambil tindakan sekali gus dapat menggelakkan berlaku aktiviti penyeludupan mercun dan bunga api di musim perayaan ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!