Segamat, Kota Bharu catat IPU tidak sihat
SHAH ALAM - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Segamat, Johor dan Kota Bharu, Kelantan, kekal mencatat bacaan tidak sihat setakat jam 10 pagi ini.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU Segamat mencatatkan bacaan 151, manakala Kota Bharu 113.
Bacaan IPU di kedua-dua kawasan itu meningkat daripada angka 112 (Segamat) dan 108 (Kota Bharu) berbanding yang dicatatkan pada jam 8 pagi tadi.
Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
Sebanyak 65 stesen pula mencatatkan bacaan sederhana, dengan Tanah Menah, Kelantan merekodkan angka tertinggi iaitu 100, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (96);Terengganu, 95; Putrajaya (93); Jerantut, Pahang (90) Larkin, Johor dan Minden, Pulau Pinang masing-masing 87.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!