12 banduan maut, tiga cedera di penjara Ecuador
Perkhidmatan Kebangsaan Perhatian Integral Tahanan dan Pesalah Remaja mendedahkan bahawa pertempuran bermula pada petang Jumaat di dalam Penjara Litoral di Guayaquil, ibu kota wilayah Guayas.
Konfrontasi itu melibatkan banduan dari empat sel tahanan yang cuba mengawal penjara, diketuai kumpulan penjenayah yang dikaitkan dengan pengedaran dadah, menurut kerajaan.
Jumlah kematian disahkan pagi Sabtu dan mangsa yang cedera dipindahkan ke pusat jagaan di Guayaquil. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!