Mexico: 20 lelaki bersenjata serang pusat renang, 7 maut
BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya 20 lelaki bersenjata menyerang pengunjung di pusat peranginan renang La Palma di Guanajuato Mexico, menyebabkan tujuh orang terbunuh.
Serangan itu dilaporkan berlaku di perbandaran Cortazar pada Sabtu.
Sekurang-kurangnya 20 lelaki bersenjata bertindak melepaskan tembakan ke arah orang ramai di resort itu, Sputnik memetik laporan akhbar Universal.
Sekurang-kurangnya tujuh orang iaitu tiga wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu.
Suspek sempat melarikan beberapa kamera keselamatan dari resort itu sebelum melarikan diri. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!