Pengawal keselamatan didakwa cabul remaja 14 tahun ditahan

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

NILAI - Pengawal keselamatan yang dipercayai mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di sini, ditahan polis pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malek Hasim berkata, lelaki berusia 50-an itu telah ditahan di pangsapuri terbabit dan kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

"Suspek merupakan warga tempatan dan mahkamah membenarkan suspek direman sehingga 22 April ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kejadian itu berlaku pada jam 4 petang ketika mangsa sedang berbual dengan rakannya di hadapan lif pangsapuri terbabit.

Mangsa yang ketika itu sedang berbual dengan rakannya telah didatangi suspek yang secara tiba-tiba telah meminta rakan mangsa pulang ke rumah.

Pada masa sama, suspek yang kononnya mahu menghantar mangsa pulang ke rumah telah memegang beberapa bahagian tubuh badan mangsa serta meminta mangsa untuk mencium pipinya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!