Bapa liwat dua anak ditahan
Difahamkan, suspek berusia 37 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sejak 2011 selepas bercerai dengan isterinya.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, suspek ditahan selepas menerima laporan daripada salah seorang mangsa yang kini berusia 16 tahun.
“Selepas bercerai dengan isteri, suspek menjaga dua anak perempuan yang ketika itu masing-masing berumur sembilan dan lapan tahun.
“Mangsa mendakwa dia dan adiknya diperlakukan perbuatan terkutuk itu sejak 2011 selepas tidak lagi tinggal bersama ibu mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, susulan itu, suspek yang tidak bekerja ditahan di rumahnya pada 10 Disember lalu.
“Soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan tidak bermoral itu sejak tujuh tahun lalu.
“Kali terakhir suspek melakukan perbuatan itu pada Jun lalu sebelum dua beradik itu berpindah ke rumah nenek mereka,” katanya.
Katanya, dua beradik itu kini tinggal bersama ibu kandung mereka di Ampang.
Menurutnya, suspek kini masih direman sehingga Isnin depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!